28 November 2017 - 17:29
Puluhan Peneroka Israel Serbu Perkarangan Masjid al-Aqsa

Puluhan peneroka Israel telah menyerbu masuk ke dalam perkarangan Masjid al-Aqsa yang terletak di Timur al-Quds.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Puluhan peneroka Israel telah menyerbu masuk ke dalam perkarangan Masjid al-Aqsa yang terletak di Timur al-Quds.

Seorang sumber daripada Bahagian Waqf Islam dan Majlis Tertinggi Islam berkata bahawa sekitar 52 orang peneroka dan seorang ahli arkeologi menyerbu masuk kedalam kawasan suci itu melalui Bab al-Magharibah di bawah perlindungan ketat beberapa kumpulan anggota tentera Israel dan polis khas, lapor agensi berita Safa.

Para peneroka itu turut dilaporkan melakukan beberapa tindakan yang bersifat provokatif dari kaca mata warga Palestin sebelum meninggalkan kawasan suci itu melalui Bab al-Silsileh.

Sementara itu, di dalam perkembangan yang berbeza, para peneroka Israel juga dilaporkan telah merosakkan beberapa kubur di kawasan perkuburan Muslim yang terletak di Jerusalem al-Quds.

Sekumpulan peneroka mmemasuki kawasan perkuburan yang terletak berhampiran Golden Gate pada hari Selasa sebelum mula merosakkan beberapa kubur milik kaum Muslim.

Para pegawai daripada Bahagian Waqf Islam dan Majlis Tertinggi Islam kemudiannya menelefon pihak berkuasa Israel yang akhirnya datang ke tempat kejadian untuk membawa keluar para pelampau tersebut. -ABNA24

/315